
Saya bukanlah orang pertama yang membuat review berkenaan dengan satu website dari Malaysia yang menawarkan domain .my percuma ni.
Kalau anda mempunyai satu url blog atau website yang panjang dan susah nak ingat contohnya seperti http://iniblogtentangmaggie.wordpress.com, anda boleh ringkaskannya kepada http://maggie.tl.my. Lagi ringkas dan mudah diingat kan? Itulah yang ditawarkan oleh TL.MY.
TL.MY menawarkan perkhidmatan tersebut secara percuma kepada anda. Hanya perlu daftar dan kemudian pilih nama domain yang bersesuai dengan nama domain asal anda.
Ia tidak sediakan perkhidmatan hosting kepada anda. Tapi ia sediakan perkhidmatan untuk redirect kepada url anda yang sebenar. Anda boleh akses ke blog anda sama ada menggunakan http://iniblogtentangmaggie.wordpress.com ataupun http://maggie.tl.my.
Layari www.TL.my.
Belanja saya secawan Power RootPopularity: 5% [?]

Selalunya orang akan fikir untuk upgrade RAM (Random Access Memory) bila dia terasa komputernya sedikit perlahan dari segi prestasi walaupun RAM bukanlah penyumbang utama kepada kelajuan komputer kita. Tapi untuk anda yang menggunakan software seperti Adobe Photoshop CS3 atau game seperti Need For Speed ProStreet yang memerlukan memory yang besar, amat digalakkan untuk upgrade RAM mengikut kesesuaian.
Ok. Sebelum membeli RAM, anda perlu tahu beberapa panduan supaya RAM yang dibeli sesuai untuk digunakan pada komputer anda.
Periksa slot RAM pada motherboard – Selalunya ada dua slot RAM yang disediakan. Ada jugak yang ada empat slot. Cuba check masih ada yang kosong atau tak. Kalau ada kosong, boleh tambah satu lagi. Kalau takde, boleh tukar yang lama dengan RAM yang baru.
Jenis RAM – Terdapat tiga jenis RAM sekarang ni; DDR SDRAM, DDR2 SDRAM dan DDR3 SDRAM. Kebiasaan motherboard baru menggunakan DDR2 SDRAM. Cara terbaik adalah rujuk buku manual motherboard anda. Periksa pada bahagian memory support. RAM takkan berfungsi kalau jenis RAM yang dipasang tidak sama dengan jenis RAM yang disokong oleh motherboard, ataupun RAM tak dapat dipasang disebabkan kedudukan notch yang tidak sama.
Frekuensi RAM – Rujuk pada buku manual RAM pada frekuensi berapakah yang dapat disokong oleh motherboard anda. Contoh untuk DDR2 terdapat 400MHz, 533MHz atau 667MHz. Paling tinggi frekuensi adalah paling baik. Jadi semak manual anda dulu yang manakah disokong oleh motherboard.
Tahap maksimum RAM – Kebiasaan motherboard baru boleh support sehingga 4GB RAM bagi Windows XP, 8GB RAM bagi Windows Vista. Tapi katakan anda menggunakan Windows XP, hanya 3.6GB RAM sahaja yang mampu dicapai. Kalau motherboard anda cuma support sehingga 2GB, sia-sia kalau anda upgrade RAM sehingga 3GB sebab PC hanya detect hingga 2GB saja. Sekali lagi, semak buku manual.
Survey harga – Panduan terakhir, survey dulu harga RAM mengikut saiz kapasiti dan frekuensi. Ianya untuk keuntungan anda juga. RAM DDR2 667MHz untuk 1GB biasanya boleh dapat dalam RM69. Paling murah setakat ni yang saya jumpa. So, window shopping kejap untuk RAM hehe.
ps: Panduan ini untuk komputer desktop tapi boleh juga untuk laptop sesetengahnya. Apa yang penting, rujuk buku manual anda dulu.
Belanja saya secawan Power RootPopularity: 6% [?]
Kredit kepada Izo atas tutorial untuk memaparkan status Yahoo! Messenger anda di blog, malah di Friendster mahupun MySpace juga boleh. Itupun kalau anda nak bagitau orang lain yang anda sedia untuk ditegur dalam Yahoo! Messenger. Setahu saya, kalau anda setkan invisible sekalipun, icon ini akan tetap menyala. Ala, kalau tak nak orang tegur anda letaklah tanda no entry. Orang akan paham kalau dia beretika chatting.
Caranya mudah sahaja. Apa yang perlu anda buat hanyalah letakkan kod di bawah di mana-mana ruang yang anda inginkan ikon ini muncul.
<a href=http://messenger.yahoo.com/edit/send/?.target=id_ym_anda>
<img border=”0″ src=”http://opi.yahoo.com/yahooonline/u=id_ym_anda/m=g/t=1/l=us/opi.jpg”>
</a>
Gantikan id_ym_anda dengan id anda, dan t=1 adalah nombor ikon yang anda suka untuk dipaparkan di blog atau laman komuniti anda. Rujuk gambar di bawah untuk pilihan nombor anda.
Oh ye. Kalau kod di atas tak menjadi, kemungkinan disebabkan masalah seperti anda copy dan terus paste ke blog anda. Cuba salin semula atau check tandaan pengikat kata (“ ”) ada yang pelik atau tak.
Ada 17 ikon yang boleh anda pilih untuk menunjukkan yang anda sedang online di Yahoo! Messenger dengan gayanya. Salah satunya seperti yang saya gunakan di atas. Selebihnya adalah seperti di bawah:

Dah buat jangan lupa bagitau saya. Mungkin kita dapat chatting bersama
.
Belanja saya secawan Power RootPopularity: 11% [?]

Entah kenapa Internet kat rumah saya bermasalah. Bukan je terlalu lembap, tapi selalu je putus. Mula-mula saya ingat ada masalah dengan line telefon rumah saya, rupanya tak. Rumah pakcik saya pun sama. Tapi keadaan kat rumah saya lagi teruk. Dalam dua minggu, tiga hari je boleh guna. Itupun bersedu-sedan, selalu putus. Terfikir jugak nak beralih ke Celcom Broadband. Tengah timbang-timbang kilo sekarang ni.
Ok. Walaupun takde Internet, tak bermakna hidup kita sia-sia. Kadang-kadang hidup makin sia-sia dengan adanya Internet
Haha, saya tak maksudkan anda. Diri saya sendiri. So, apa yang boleh kita buat bila Internet sudah tiada? Macam lirik lagu Hujan pulak.
Kemas file - Walaupun anda bukan secretary pejabat, kerja-kerja mengemaskini fail dalam komputer anda perlu juga dilakukan. Bukannya apa, supaya senang nak cari nanti. Save fail mengikut folder yang sesuai dalam dokumen yang sesuai.
Defragment - Kadang-kadang kita lupa yang komputer kita rasa slow semacam disebabkan file-file yang berterabur dalam hard disk kita. Buat defragment sekali-sekala. Ianya satu rutin yang sihat untuk komputer.
Scan virus & Spyware - Ini jugak rutin yang sihat untuk komputer kesayangan anda. Kalau anda demam anda makan panadol, begitu jugalah dengan komputer anda. Jaga ‘kesihatan’nya supaya ia dapat berkhidmat dengan cemerlang untuk anda.
Baca seterusnya »
Belanja saya secawan Power RootPopularity: 12% [?]
Makin hari makin ramai yang inginkan kebebasan bekerja dari rumah dengan hanya menggunakan Internet. Perniagaan Internet bukanlah mudah seperti yang disangka tapi ianya mampu dilakukan sesiapa saja.
DailyBlogTips telah senaraikan beberapa pro dan kontra bagi mereka yang bekerja dari rumah dengan menggunakan Internet. Ianya suatu artikel yang patut dibaca jika anda adalah orang yang dimaksudkan.
Belanja saya secawan Power RootPopularity: 14% [?]