Amirez.com

Teknologi : Komputer : Internet

Jika anda mengusahakan perniagaan Internet, mailing list saya kira adalah paling penting. Salah satu autoresponder yang terbaik pernah saya guna adalah GetResponse yang boleh didapati secara percuma.

Sebagai panduan saya rekomenkan ebook Panduan Setup Getresponse daripada saudara Mazlie ini kepada anda yang ingin berjinak² dengan perkhidmatan GetResponse dalam pengurusan mailing list anda. Pastinya dalam bahasa Melayu yang mudah difahami.

Saya telah baca ebook panduan ini, sangat berguna dan praktikal. Anda akan diajar secara berperingkat cara² untuk membuat newsletter secara tersusun, bersistem dan beretika. Itu adalah kriteria penting dalam aktiviti mailing list.

Lebih penting ianya diberi PERCUMA kepada anda dengan hanya klik di sini untuk download. Siapa yang tidak suka produk percuma ;) Bukan itu saja, anda boleh menjana pendapatan dengan ebook ini yang akan diterangkan selepas anda download.

Download segera di sini.

Belanja saya secawan Power Root

Ikon Percuma untuk Web

Tercari² ikon yang sesuai untuk website atau blog anda? Anda boleh gunakan khidmat iconfinder untuk mencari ikon yang sesuai.

Ikon² yang dihasilkan cantik tetapi ada juga yang tidak diberikan secara percuma. Apa pun, cubalah iconfinder ;)

Belanja saya secawan Power Root

6 Kelebihan Blogging

Ada yang mengatakan blogging merupakan satu aktiviti yang membuang masa. Ada juga suara² sumbang mengatakan blogger adalah orang yang syok sendiri, lagi² kalau menceritakan tentang dirinya.

Lupakan suara² dengki itu. Mereka tidak tahu apa yang blogger tahu. Jika anda terasa down ketika baru ingin blogging selepas mendengar atau membaca kutukan daripada mereka, ketahuilah bahawa terdapat sekurang²nya 6 kelebihan bagi mereka yang blogging.

  1. Spread the world - Mudah untuk hebohkan kepada dunia tentang sesuatu perkara yang dilakukan atau difikirkan anda. Mungkin medium yang ada menyukarkan anda untuk menyampaikan apa yang tersirat di hati kepada orang ramai. Tapi dengan blog ianya tidak mustahil.
  2. Senang update - Kenapa blog? Kerana blog lebih senang untuk update berbanding website. Itu saja, simple. Keuntungan menggunakan blog, search engine seperti Google atau Yahoo lebih sukakan blog berbanding website kerana isinya yang selalu diupdate.
  3. Portfolio - Mungkin suatu hari nanti anda tidak perlu menghantar resume atau CV kepada majikan. Memadai dengan menyertakan alamat blog anda dalam surat memohon pekerjaan untuk melihat sendiri blog anda sebagai resume. Canggih!
  4. Menambah kenalan - Kalau dulu kita mencari kenalan melalui chat room seperti Yahoo! Messenger atau mIRC suatu ketika dulu, dengan blog kita dapat mencari kawan yang lebih spesifik iaitu kawan yang mempunyai minat yang sama. Katakan anda blogging tentang komputer. Semestinya pelawat blog anda adalah mereka yang sukakan komputer atau yang ingin tahu tentang komputer. Maka anda telah mempunyai kawan dalam minat yang sama; lebih spesifik. Mungkin anda boleh adakan gathering untuk mereka.
  5. Berkongsi - Anda boleh berkongsi apa saja dengan sesiapa saja melalui blog. Pengalaman, cerita, pengetahuan, buah fikiran, pendapat, malah mengutuk orang lain. Sharing is caring.
  6. Jana pendapatan online - Blogging bukan semata² untuk menjana pendapatan secara online seperti Adsense, Advertlets, Chitika dan sebagainya. Tapi tidak salah kalau ingin mendapatkan sedikit imbuhan daripada apa yang dilakukan. Cuma caranya kena betul. Kalau tidak, hanya membazirkan masa dan menyemakkan mata.

Apa kata anda? Malahan ahli politik sekarang juga mempunyai blog ;)

Belanja saya secawan Power Root

3 Laman Web Berwajah Baru

Saya tak pasti bila tapi rasanya masih baru lagi 3 laman web popular ini berubah wajah. Laman web yang dimaksudkan adalah laman sosial bookmarking del.icio.us, laman sosial networking MyBlogLog dan laman forum komputer Putera.com.

Wajah baru ‘mereka’ kelihatan lebih matang dan bergaya. Takde apa yang saya nak komen tentang keburukan atau kecacatan pada ketiga² laman web tersebut memandangkan bagi saya kesemuanya sangat menarik.

Belanja saya secawan Power Root

Belajar Tulisan Jepun

Lama betul tak update. Ekceli, saya skang kat Gombak. Kerja kat sini sebagai web designer dengan juruteknik motivasi. Langsung takde kaitan dengan electrical engineering yang saya belajar dalam 5 tahun kebelakangan ni eheh. Tapi takpe, kerja macam ni yang saya lebih suka.

Ok. Kalau anda sedang belajar menulis dalam bahasa Jepun, tiga software ni sangatlah berguna untuk memantapkan lagi daya ingatan anda dalam bahasa dari negara matahari terbit ni. Anda boleh belajar menghafal tulisan Hiragana dan Katakana dengan perisian yang bersaiz kecil dan menarik. Kalau ada sape² yang ada perisian untuk belajar tulisan Kanji, kongsi² dengan saya kat sini :)

DreamKana (46) :: LearnKana (45) :: LearnKanaPic (43)

Belanja saya secawan Power Root

« Previous Entries