About Me

First of all I would like to thank you for visiting Amirez.com. Chee wah speaking meaking pulak. Teringat waktu presentation Projek Sarjana Muda dulu. Ok. Dalam About Me page ni saya pecahkan kepada dua bahagian; bahagian pendek dan bahagian panjang untuk anda mengenali saya.
Bahagian Pendek
Kat Internet selalunya saya guna nama Amirez. Nama ni ekceli nama watak dalam komik Blues Selamanya. Kalau anda pernah baca BS, 80% mungkin anda kenal watak ni. Tak cerita panjang², sebab ni cuma bahagian pendek je eheh. Walaupun begitu (skrip wajib Gerak Khas), nama sebenar saya ialah Azhadi bin Mohd. Hanapi. 15 November 1984 sekitar pukul 1 pagi saya dilahirkan di Queen Elizabeth Hospital Kota Kinabalu, Sabah. Abang long kepada tiga orang adiks. Akan berkahwin tapi tak tau bila eheh.
Bahagian Panjang
Al-kisahnya saya baru je habes belajar kat Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Dulunya dipanggil KUiTTHO. Kalau sebut UTHM skang ni rasanya ramai lagi tercengang tak tau apa dia. Kat UTHM dulu saya amek Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik) Dengan Kepujian. Asalnya ada pengkhususan kat dalam nama kursus tu, Pengkhususan Komputer. Tapi fakulti dah buang ‘Pengkhususan Komputer’ masa saya tahun 3 rasanya. Ntah tak tau kenapa.
Dah lama saya blogging neh sebenarnya. Seingat saya mula pada tahun 2005. Tapi masa tu guna blog friendster je. Lepas tu jadi subdomain kepada kawan saya sorang ni. Kejap je tak sampai setahun pun bertahan atas sebab² tertentu kawan saya tu. Masa tu akhir tahun 2006. Gian sangat nak blogging, saya beli webhosting+domain satu. Maka wujudlah amirez.com ni. Asalnya untuk cerita hal² pasal saya. Tapi disebabkan saya ni suka Internet dan jugak komputer, saya fokuskan kat hal² berkaitan tu. Tapi masalahnya lagi, saya ada komitmen lain. Sebab tu saya tak dapat nak update atau cari info² yang lebih berkualiti dalam hal ni. InsyaAllah pada masa depan. Saya cuba untuk improve diri yang merangkak² lagi neh huhu.
Erk..penat lak taip. Nantilah saya sambung lagi kalau rasa nak sambung haha. Selalu²lah lawat saya kat sini k. Jya ne!!
Belanja saya secawan Power Root
