banner Assalamualaikum & salam ceria. Amirez.com adalah kepunyaan jejaka 24 tahun yang tidak senang duduk tanpa menyentuh komputer walaupun sehari. Amirez merupakan bekas pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dalam pengkhususan Komputer.

Blog ini adalah tempat Amirez meluangkan masa untuk berkongsi tentang Teknologi, Komputer serta Internet.
Kenali lebih lanjut...
Apr
18th

Amirez.com Bersalin Kulit

Author: amirez | Files under Umum

Assalamualaikum. Salam pagi kepada anda. Gembira betul rasanya dengan pembaharuan theme blog ni yang saya edit setakat mana yang mampu dengan berhempas pulas semalam. Tindakan menukar theme ni dilakukan secara drastik dalam masa sehari, iaitu petang semalam lepas saya dapati rupa paras blog ni kelihatan hodoh sekali dalam Internet Explorer 6 (<IE6 memang menyusahkan!). Sebelum ni masalah dengan sidebar jatuh ke bawah. Semalam makin teruk pulak jadinya walaupun masalah sidebar tu dah selesai tanpa saya melakukan apa² hehe.

Jadi buat masa ni saya akan guna theme ni yang direka oleh Bob suatu ketika dulu. Tapi sekarang ni blog tersebut dah diambil alih oleh Jai. Terima kasih kepada mereka kerana menghasilkan theme² yang menarik, simple dan clean. Agak senang bagi saya untuk edit, memandangkan saya bukanlah web designer ataupun web programmer.

Theme ni masih lagi dalam proses pembangunan. Akan diubahsuai dalam masa terdekat. Masih ada function yang belum betul² dikonfigurasikan oleh saya dalam theme ni. Saya sangat harapkan komen dan kritikan daripada anda tentang theme ni, lagi² kalau anda terjumpa masalah fungsi, button dan sebagainya yang terdapat dalam blog ni.

Special thanks to:

  • maxdesign : untuk tutorial menyusun menu secara mendatar (horizontal) yang saya aplikasikan untuk icon² di atas dalam sebaris.
  • flisterz : untuk trick focus bagi comment form. Rasa macam guna Safari pulak :D
  • Adesblog : untuk trick opacity bagi gambar yang saya gunakan untuk icon² seperti di bahagian atas kanan blog ni.

Mereka adalah rujukan saya dalam pembangunan theme baru ni. Ada lagi blog atau web lain yang saya rujuk, kutip idea dan belajar sikit². InsyaAllah ada masa, ada kelapangan saya akan cuba buat theme sendiri pulak.

Akhir kalam, Majulah blogger untuk Malaysia. Yoshi ;)

Belanja saya secawan Power Root

Popularity: 13% [?]

Most Popular Posts

RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Trackback responses to this post