Agak lewat hari ni aku membelek akhbar. Erm, selalunya tak baca surat khabar pun kat UTHM ni haha. Tapi aku mengikuti jugaklah perkembangan semasa mana yang sempat aku dengar. Kalau kat rumah, aku dengan adik-beradik aku selalu baca surat khabar sama2..erm, kadang2 je eheh.

Aku tertarik dengan satu surat yang dikirimkan oleh seorang pembaca Berita Harian yang bertajuk Syabas kerana guna istilah ‘angkasawan’ pada ruangan Surat hari ini. Secara ringkasnya pembaca tersebut amat menitikberatkan soal bahasa Melayu. Dia agak kesal kerana ada bahasa Melayu yang ditukarkan ke bahasa Inggeris, contohnya Far East (Faiz) dan In-Team (Intim) yang bunyinya sama tetapi membawa maksud yang berbeza jika dibaca dalam bahasa Inggeris. Daripada surat beliau, ada reaksi penulisan macam nak menunjukkan kumpulan nasyid kontemporari kita ni tak bagus ataupun ada isu keagamaan sikit. Maafkan diri ini andai tersilap tafsir. Kenapa aku cakap begitu? Nanti aku bagitau siapa orang tersebut. Kat bawah ni ada sedikit keratan daripada suratnya:

Jati diri bangsa adalah perkara penting dan perlu sentiasa dibina. Bahasa adalah alat untuk pembinaan, penerusan dan pengekalan jati diri bangsa.

Penggantian perkataan bahasa Melayu ‘belanjawan’ dengan perkataan bahasa Inggeris ‘bajet’, penggunaan perkataan bahasa Inggeris ‘kluster’ pada konsep baru dalam pendidikan negara, iaitu ’sekolah kluster’ dan pemilihan perkataan slanga bahasa Inggeris ‘cop’ untuk program kepolisan nasional, yakni ‘Rakan Cop’ adalah antara tindakan kebahasaan dalam ranah rasmi yang boleh mengikis jati diri bangsa.

Ada satu perbuatan kebahasaan yang boleh dianggap pengkhianatan kepada jati diri bangsa, apabila nama dan istilah bahasa Melayu dieja mengikut cara bahasa Inggeris.

Barangkali, yang ingin dinyatakan ialah ‘nasihat’ tetapi ejaan ialah ‘nowseeheart’, yang dalam bahasa Inggeris adalah bentuk tolol. Begitu juga halnya apabila perkataan bahasa Melayu ‘intim’ dieja sebagai ‘in team’. Ia adalah bentuk bahasa Inggeris yang jelek.

Apabila perkataan bahasa Arab �faiz� dieja sebagai ‘far east’, ejaan bahasa Inggeris, sebagai nama kepada misalnya sebuah kumpulan yang berasas ajaran/agama Islam, hakikat sosial yang timbul adalah sesuatu yang bercanggah, bagi mereka yang mengetahui maksudnya.

‘Far East’ adalah sebuah wilayah di dunia, yang mengandungi negara seperti China, Jepun dan Korea yang Islam tidak mempunyai pengaruh yang kuat.

Dengan perkataan lain, bentuk bahasa ‘far east’ tidak berjaya menonjolkan sosial Islam.

Perkataan ‘faiz’ yang dieja begini mengikut sistem bahasa Melayu, didapati lebih berhasil dalam mengketengahkan realiti sosial Islam.

Susunan ayat dan penggunaan bahasa yang amat baik. Pada mulanya aku ingat dia adalah orang Melayu tapi rupanya bukan. Surat tersebut telah dikirimkan oleh Prof. Dr. Teo Kok Seong dari Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan UKM. No wonder his Bahasa Malaysia is really good. Kita sebagai Melayu patut malu dengannya.

Baca kandungan penuh surat tersebut

Belanja saya secawan Power Root

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS Feed. Or you can subscribe this post directly to your Email.