Alhamdulillah, sihat kembali. Hidup tak ceria kalau kita sedang sakit. Lagi-lagi dengan tabiat aku musim cuti ni berjaga malam, berlelap mata di siang hari. Kadang-kadang rasa tak kurang bezanya dengan musang atau kelawar huhu.

Ok. Waktu aku sakit baru-baru ni aku tak terlantar atas katil sepanjang waktu. Aku bukan jenis yang boleh duduk diam. Nak hilangkan rasa boring, aku bawa kereta laju-laju haha. Tapi bukan di alam nyata. Aku memandu di litar maya dalam Need For Speed Pro Street. Aku suka game keluaran EA Sport ni berbanding game perlumbaan keluaran syarikat lain. Semua siri Need For Speed selepas Underground aku ada dan dah menang semuanya kecuali Pro Street yang baru je start main. Need For Speed versi sebelum Underground aku tak suka sebab rasa kurang real. Bagi aku, bermulanya NFS Underground maka bermulalah revolusi untuk Need For Speed. So, aku senarai dan beri pendapat tentang game-game yang aku telah main ni:

NFS Underground adalah game perlumbaan pertama yang aku main. Aku suka part modified kereta. Dyno test dalam NFSU pun ok. Cuma aku tak berapa nampak jalan cerita dalam NFSU ni. Overall aku kasi 3 bintang daripada 5.

Kesinambungan daripada NFSU. NFSU2 lebih menarik. Nampak jalan ceritanya. Dyno test pun makin mantap dan user friendly. Tak silap aku dah 3 kali aku main NFSU2. Overall 4.5 bintang.

Revolusi daripada siri NFS yang sebelumnya, ada babak kejar-mengejar dengan polis. Polis pakai kereta Chevvy tuu kalau heat kita dah cecah 4 kalau tak silap. Gila ah ding dong. Jalan cerita yang sangat panjang. Lama aku nak habiskan game ni. Dyno test ok lagi. Rasanya lebih menarik daripada siri sebelumnya sebab ceritanya lebih real. Overall 5 bintang. Cayalah!

Aku dengan kawan-kawan aku mengagak kemungkinan takde dah NFS selepas Most Wanted. Bagi kitorang NFSMW adalah yang terbaik. Tapi EA Sport keluarkan lagi siri baru bagi NFS iaitu NFS Carbon. Kali ni babak drift lebih dititikberatkan. Ada sikit kekeliruan dalam jalan ceritanya selain daripada agak suram. Maybe sebab suasana malam kot. Kejar-mengejar dengan polis masih lagi ada cuma taklah sesusah NFSMW. Dalam setiap perlumbaan kecuali drift akan dibantu oleh rakan kita. So, itu yang buatkan game ni agak senang. Dyno test boleh tahan, cuma tak semenarik siri sebelumnya. Overall, 4.5 bintang.

Bila aku dengar EA Sport nak keluarkan satu lagi siri baru bagi NFS, aku fikir mesti ianya lebih menarik daripada NFS Carbon. Namun indah khabar dari rupa. Game ni taklah gempak sangat sebagaimana namanya, Pro Street. Berlumba dalam litar tertutup dan penuh disiplin. Dalam perlumbaan drag, kadang-kadang takde lampu isyarat atau countdown timer. Litar pulak agak mengelirukan. Pesaing taklah hebat mana, senang-senang je nak tinggal jauh. Jalan cerita kurang menarik. Grafik tak menarik mana. Paling tak suka part modified kereta. Agak menyusahkan dan tak mesra pengguna. Dah la file dia berat nak load. Tapi dapat rasa suasana meriah sebab kita bertanding dalam event yang dianjurkan. Maknanya semasa kita berlumba ada orang yang mengulas perlumbaan kita. Lagi satu yang aku suka, dalam game ni ada kereta Trueno haha. Tak tau Trueno tu apa? Ala, AE86 yang Takumi pakai dalam anime Initial-D tu. Tengku Djan Ley pun pakai AE86 dalam satu pertandingan drift dulu, juara lagi. Overall aku bagi 3 bintang je.

Aku memang kipas-susah-mati NFS bermula dari siri Underground. Aku harap lepas Pro Street akan ada siri perlumbaan yang lebih menarik. Selain daripada NFS, aku suka jugak main Initial-D. Cuma bezanya Initial-D hanya khas kepada perlumbaan drift. Dulu selalu main Grand Turismo. Tapi yang lecehnya kena ambik lesen dulu baru boleh berlumba dalam litar sebenar. Juice, aku tak suka atas tiga sebab; litar yang tak mencabar, handling yang agak liat dan interface yang tak menarik. Apa lagi ek? Selain daripada yang aku sebut tadi aku belum try main. Rasanya tiada game perlumbaan lain yang boleh lawan dengan NFS.

Belanja saya secawan Power Root

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS Feed. Or you can subscribe this post directly to your Email.