Tak pasti bila Si Besar G (The Big G) menjadi Si Kecil g (The Little g) bagi enjin carian yang tidak asing lagi, Google, yang anda boleh lihat pada favicon terkini Google. Google menggantikan huruf G besar kepada huruf G kecil untuk favicon barunya. Lihatlah gambar di bawah:
Si Kecil G lebih menarik kerana bentuknya yang lebih solid berbanding Si Besar G yang berkotak dan nampak rata, keding kawan saya cakap hehe. Ada yang mengistilah The Big G sebagai ‘Giga’ yang membawa maksud simbolik besar atau luas. Ada juga mentafsirkan The Little g sebagai ‘gravity’ yang menarik ke dalamnya. Tak kurang juga ada yang lebih sukakan The Big G. Pendapat peribadi saya, The Little g lebih menarik, tapi kurang nampak ‘diri’ Google yang berwarna biru, merah, kuning dan hijau.
Belanja saya secawan Power Root
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS Feed.
Or you can subscribe this post directly to your Email.
No comments yet.