Minggu ni adalah minggu yang paling menyerabutkan benak. Disebabkan terlepas keretapi hari tu timbul satu masalah berkenaan dengan Makmal Kejuruteraan III yang sepatutnya aku attend pada hari Isnin lepas. Dalam minggu ni aku perlu ganti lab tu tapi tadi lab tu tutup pulak. Semalam tak sempat nak pergi jumpa technician, ada kelas. Esok dah cuti merdeka. Minggu depan dah lab lain. Adeh, macam mana ni??

Tadi ntah macam mana boleh tersilap waktu perjumpaan dengan penyelia projek. Sepatutnya pukul 12, tapi aku set dalam kepala pukul 1. Pukul 1 Pn. Nik memang takde dalam bilik. Ni gara2 kelas Digit dibatalkanlah ni yang sepatutnya ada kelas pukul 10-12 tengah hari (biasa orang suka kelas batal eheh).

Semalam penat mata melihat komputer berjam2 untuk siapkan CD Interaktif seorang pelajar master merangkap kawan seblok dulu menggunakan aplikasi Macromedia Flash. Bendanya taklah susah, tapi menjadi masalah bila file yang aku dapat adalah hasil buatan orang lain. So aku terpaksa explore sendiri setiap command dan label pada file dia untuk kolaborasikan dengan style aku (pergh ayat eheh). Banyak masalah timbul terutamanya pada button. Punyalah jenuh nak troubleshoot. Tapi aku dapat belajar something semalam iaitu action script untuk Flash 8 lain sedikit dengan Flash MX 2004. Patutlah banyak error hehe.

Memeningkan kepala jugak apabila aku terbagi kad matriks kat sorang brader ni yang anjurkan perarakan merdeka malam ni kat Stadium Mini UTHM. Sape2 yang bagi kad matriks mestilah hadir ke perarakan merdeka. Kalau tak, tak dapat balik kad matriks. Bukan tak nak join. Masalahnya, aku baru teringat malam ni aku ada presentation subjek Mikroelektronik. Pukul 6 petang nanti ada taklimat perarakan. Aku nak mintak balik kad matriks baru aku tu. Tapi baju perarakan tetap nak ambik hehe.

p.s : pada next entry aku akan post berkenaan dengan isu pelajar vaterinar UPM memegang khinzir dan anjing tanpa lapik. ada gambar sekali. tunggu…

Belanja saya secawan Power Root

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS Feed. Or you can subscribe this post directly to your Email.