Kingston Data Traveler 100

Baru je beli pendrive ni. Tapi yang aku beli cuma bersaiz 2GB. Bentuk dan warna sama je dengan gambar kat atas. Penutup takde, sebab ia menggunakan pull and push method (betul ke istilah ni, main bantai je). Tak perlu risau penutup hilang atau rosak.

Sebenarnya pendrive ni untuk ma aku. Alang-alang aku nak pergi ke kedai komputer Microtech yang terletak di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu untuk ambik M-card (Microtech card), ma pesan suruh beli pendrive, tapi katanya tak nak yang kapasiti besar sangat. So aku tukarkan dengan pendrive lama aku yang berkapasiti 1GB eheh. Harga pendrive ni RM69 selepas ditolak 10% kalau ada M-card. M-card ni sama jugak fungsinya dengan Kad Mesra Petronas yang mana kita dapat kumpul point setiap kali beli barang komputer dengan Microtech Computer. Ni gambar M-card tu. Gambar kurang kualiti, capture guna webcam 1.3 megapixel je eheh.

Belanja saya secawan Power Root

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS Feed. Or you can subscribe this post directly to your Email.