Tahukah anda bahawa anda boleh menaip dalam bahasa Jepun sepenuhnya tanpa menggunakan sebarang perisian tambahan? Anda hanya perlu perisian Microsoft Word sedia ada sama ada 2003 atau 2007. Tapi saya difahamkan hanya dapat digunakan bagi processor Intel Pentium D ke atas.
Jika anda minat dengan bahasa Jepun, anda patut mencubanya. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

Klik pada start > Control Panel > Regional and Language Options
Window seperti di atas akan kelihatan. Pada kotak yang berwarna biru, scroll ke bawah untuk pilih Japanese. Jika tiada, sila ikut langkah seterusnya.

Klik pada Languages bar, tick pada Install files for East Asian languages seperti gambar di atas.
Anda seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya 230MB ruang kosong dalam hard disk anda di mana anda install MS Word. Katakan anda install MS Word di C:, anda perlu mempunyai ruang kosong sebanyak 230MB untuk install bahasa tambahan ini.
Sebelum anda klik OK, masukkan dahulu CD Windows XP anda ke dalam CD-ROM. Pastikan ianya mengikut service pack yang sama dengan komputer anda, sama ada 1 atau 2.

Kembali ke Regional Options bar dan pilih Japanese. Klik OK.
Kemudian anda akan dapat lihat perkataan EN seperti gambar di sebelah di bahagian bawah kanan bersebelahan dengan taskbar. Klik EN tersebut.

Pilih Japanese jika anda ingin menggunakan bahasa Jepun. Kemudian anda boleh buka MS Word seperti biasa.

Sebelum anda boleh menggunakan bahasa Jepun, anda perlu memilih beberapa pilihan yang perlu, sama ada anda inginkan tulisan hiragana sepenuhnya, katakana sepenuhnya, atau kesemuanya sekali. Caranya dengan klik butang berwarna merah di sebelah perkataan EN yang akan keluar bila anda buka MS Word. Gambar di sebelah adalah untuk memilih standard yang digunakan. Pilih IME Standard. Natural Input juga boleh digunakan.
Ganbatte kudasai ![]()
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS Feed.
Or you can subscribe this post directly to your Email.
saya dah tau… tapi bagus you buat benda ni
thx Zairi. sekadar berkongsi dgn mereka yg belum tau
wahhh..thanx 4 ur info..i pon mcm seng mncri cara pling senang nk tulis jepun..arigato amirez san
aFdSmKaDs last blog post..pASaR mAlAm~
doitashimashite