Skype merupakan aplikasi panggilan PERCUMA menerusi komputer ke komputer dengan kualiti suara standard seperti telefon talian tetap dan jangan terkejut dengan kualiti audionya, pasti memuaskan hati anda. Anda boleh download PERCUMA untuk mencuba.
Terbaru daripada Skype adalah plan langganan terbaru bagi aplikasi VoIPnya untuk membuat panggilan tanpa had daripada komputer ke komputer, dan boleh juga ke telefon bimbit dalam pakaj tertentu. Tapi servis ini mengenakan bayaran tetap bagi setiap bulan disebut sebagai Skype Credit. Terdapat 3 plan yang ditawarkan:

Jangan segan silu klik gambar di sebelah untuk paparan lebih besar. Dalam istilah Skype, ‘unlimited’ adalah merujuk kepada polisi syarikat mereka iaitu penggunaan 10,000 minit setiap bulan, lebih kurang 5.5 jam panggilan setiap hari - lebih daripada cukup dah tu bagi saya. Kalau panggilan melebihi 10,000 minit, caj tambahan dikenakan mengikut kadar biasa.

Juga ada promosi daripada pihak Skype iaitu diskaun 33% bagi mereka yang melanggan untuk tempoh 3 bulan atau 12 bulan sebelum 1 Jun ini.

Skype juga telah mempunyai aplikasi VoIP bagi OS Symbian dan alat Microsoft Windows Mobile. Bagi telefon bimbit yang menyokong aplikasi Java (J2ME) boleh juga cuba menggunakan Skype.

Tapi adakah berbaloi menggunakan Skype untuk buat panggilan menerusi telefon bimbit? Jawapannya, ya, sangat berbaloi. Katakan anda melanggan pelan Unlimited Country yang cuma lebih kurang RM20 sebulan. Bandingkan dengan kadar panggilan daripada service provider yang anda gunakan sama ada prabayar ataupun pascabayar. Berbual untuk 10,000 minit memang boleh membuatkan telinga menjadi merah - lebih daripada cukup. Tak tahulah pula kalau² ada caj tersembunyi.

Belanja saya secawan Power Root

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS Feed. Or you can subscribe this post directly to your Email.