< Browse > Home / Umum / Blog article: Tertinggal Keretapi

| Mobile | RSS

Tertinggal Keretapi

August 26th, 2007 | 1 Comment | Posted in Umum

Tarikh tu penting. Kita kena peka dengan tarikh. Lagi2 kalau ada event, janji atau waktu bertolak ke mana2 dengan pengangkutan awam. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak tarikh menangislah jawabnye. Kita belum lagi ada mesin masa untuk putarkan waktu huhu.

Apa yang berlaku kat aku sebenarnya? Sepatutnya pada waktu ini aku dah berada kat kampus. Tapi disebabkan tersilap tarikh tiket keretapi, aku terkial2 mencari tiket lain. Kalau ada tiket pada hari ni memang bersyukur. Sebabnya hari macam ni selalunya tiket dah habis, hari orang balik ke negeri masing2 sebab cuti sekolah dah tamat. Tambahan pulak negeri Kelantan adalah antara negeri yang mempunyai paling ramai rakyatnya keluar berhijrah ke negeri lain. Asal cuti je penuh sesak Kelantan ni dengan kereta dan manusia. Petang semalam dah jam jalan Ketereh - Kok Lanas. Jalan ni antara jalan utama ke KL, Kedah atau Terengganu selain jalan dari Pasir Mas dan jugak Melor. Mana tak jam kalau rakyat Kelantan berkenderaan yang menetap kat luar mencecah sejuta? Balik pulak serentak. Kena pulak tarikh cuti sekolah sama dengan tarikh cuti semester. IPT lain cuti bermula minggu ni. Tapi UTHM seminggu lebih awal, sama dengan cuti sekolah. Memang tak patut. Nanti nak raya puasa cuti 2 minggu, cuti raya campur study week. Naik cuti kuliah 2 minggu lepas tu terus final exam. Ape ke peliknye cuti camtu?

Tiket keretapi yang aku sepatutnya naik 6:23 pagi semalam dibeli oleh kawan aku 2 minggu lepas. Dia beli tiket pergi dan balik. Katanya pergi hari Sabtu pukul 8:30 pagi. Balik pulak 25hb, hari Ahad pagi. Ahad?? Ahad dah 26hb huhu. Aku dengan yakinnya pegang kata dia, balik hari Ahad. Langsung tak ingat tarikh dah. Tiket dia serahkan kat aku. Aku tilik2 gak tiket tu tapi macam tak dapat tangkap langsung apa yang ditulis atas tiket tu. Dah 5 tahun tak naik keretapi. Tengok tiket pun dah tak reti.

Aku balik dengan kawan sekampung aku, Lan. Aku tunjukkan tiket tu kat dia. Dia memang ingat 25hb tertera atas tiket tu. Tapi sebab aku cakap hari Ahad, dia pun tak kiralah 25hb tu hari apa. Petang semalam aku dapat mesej daripada dia suruh check balik waktu bertolak. Sebab baru petang semalam dia teringat yang tarikh semalam adalah 25hb. Aku check waktu, bertolak pukul 6:23 pagi. Sebelum ni aku cakap pukul 8:30 pagi jugak. Lega hati aku bila tengok tiket tu balik. Dalam hati kata nasib baik, kalau tak, terlepas keretapi (kononnye).

Aku hantar mesej kat si dia aku bertolak pukul 6:23 pagi bukan 8:30 pagi. Si dia pesan kat aku check tarikh betul2. Bila aku tengok tiket, 25hb. Aku tengok jam tangan, hari ni (semalam) dah 25hb. Ayark, dah terlepas huhu. Terus aku ke rumah Lan, nak ajak dia cari tiket malam semalam. Tak kisah bas ke keretapi ke asalkan ada. Dia terkejut jugak tapi sempat lagi tergelak mengenangkan nasib ditinggalkan keretapi. Tapi aku tau dalam lubuk hatinya terdapat satu penyesalan kerana yakin sangat dengan aku. Kesian dia, aku yang bersalah. Menyesal jugak tak bagitau awal2 kat si dia. Sememangnya si dia sangat peka dengan tarikh2 penting. Sejak 2 tahun 2 bulan yang lalu dia merupakan ’setiausaha peribadi’ aku yang terbaik. Apa2 tarikh penting dia akan ingatkan. Tanpa dia, jadual aku terkontang-kanting huhu.

Malam semalam aku ke Stesen Keretapi Wakaf Bharu untuk cari tiket ke Kluang pada Ahad pagi. Malangnya kaunter tiket tutup pukul 6 petang lagi. Ingatkan sama dengan kaunter tiket Stesen Keretapi Kluang, pukul 10 masih lagi buka. Kitorang ke Stesen Bas Jalan Hamzah. Disebabkan jalan ditutup oleh Majlis Perbandaran untuk memudahkan bas keluar masuk, aku parking dalam KB Mall tingkat paling atas. Parking bawah tanah dah penuh. Satu hal lak penat nak turun KB Mall huhu. Lan tiba2 teringat, selain bas Tranasional takde bas lain dah ke Batu Pahat. Aku tengok board, memang takde. Aku cuba call Kak Ita, kawan aku yang menjaga kaunter tiket bas Budaya 1st Class tapi tak jawab. Dengan sedikit kekecewaan, kitorang ke Stesen Bas Tranasional kat Jalan Langgar.

Malang lagi, tiket semua dah habis. Yang ada hanya hari Isnin 7 petang. Itu pun ke Larkin dan cuma ada 1 kekosongan. Hari Selasa ada 5 kekosongan, tapi agak lewat untuk Lan. Dia perlu submit lab report dia pada hari Isnin. Takde hal bagi aku untuk balik hari Selasa. Selasa takde kelas tapi aku ada Ujian 1 subjek Digital Signal Processing. Rasanya boleh bincang dengan lecturer untuk tunda test tu untuk aku seorang, kamceng gak dengan lecturer tu. Tapi kesianlah kat Lan. Si dia call aku dalam perjalanan balik ke rumah. Sempat dia ceritakan kepada mamanya. Mamanya beri cadangan untuk aku balik ke Johor dengan teksi ataupun naik flight. Tambangnya RM300+ dengan Air Asia, RM400+ dengan MAS. Oh tidak! Aku tidak berkemampuan untuk membayarnya huhu. Tapi aku bersyukur kerana si dia begitu prihatin dan baik. Begitu jugak dengan familynya. Rindulah pulak kat dia.

So keputusan dibuat untuk ke kaunter tiket Stesen Keretapi Wakaf Bharu pada pagi ni. Harap2 masih ada tiket tak kira kelas apa pun. Tak sanggup nak naik lompat keretapi selama 12 jam ke Kluang. Kalau ada tempat duduk takpe. Kalau takde, tak ke lembik kepala lutut berdiri huhu. Oklah, nak pergi Wakaf Bharu jap. Ya Allah, mintak-mintaklah ada tiket ke Kluang nanti. Amin!!

p/s : nape la takleh wat perenggan neh? tak tau nak edit code yang mana huhu. sakit mata lak nak baca

Sebarang komen ? 5 views, 1 so far today |

Baca yang ini pulak...

Follow Discussion

One Response to “Tertinggal Keretapi”

  1. anis Says:

    amiiin

Leave a Reply


    Join My Community at MyBloglog!