Tolong Jangan Panggil Awek Lagi
“Awek aku suka makan ni,”
“Suara awek aku kalau nyanyi memang sedap,”
“Kau ada awek?”
Awek, awek, awek. Boleh tak kalau tukar perkataan ‘awek’ tu kepada perkataan yang lebih sopan, lebih sedap didengar, lebih ‘berharga’ dan segalanya lebih? Aku bosan kalau orang cerita pasal ‘awek’ dia. Bukan tak nak dengar cerita kekasih dia, tapi bosan bila dia bahasakan kekasih dia sebagai ‘awek’. Aku lebih selesa kalau dia sebut terus nama kekasih dia tu. Cuba gantikan ayat kat atas dengan nama seseorang atau istilah lain macam ni:
“Liza suka makan ni,”
“Suara Anis kalau nyanyi memang sedap”
“Kau ada kekasih?”
Bunyinya lebih sopan dan tak rasa macam dia nak menunjuk-nunjuk kekasih dia. Bagi aku istilah ‘awek’ ni lebih menjurus kepada seseorang yang kurang positif. Aku tak nak guna istilah negatif, takut ada orang yang melenting. Tapi aku peduli apa. Asalkan aku rasa elok kalau dapat diperbetulkan. Nak jaga hati, aku kata kurang positiflah lembut sikit bunyinya kan?
Ada sorang kawan aku kadang-kadang dia suka cerita pasal kekasih dia. Bukan aku tak kenal kekasih dia tu. Orangnya baik. Tak pernah aku dengar perkara buruk pasal kekasih dia. Tapi dia selalu bahasakan kekasih dia sebagai ‘awek’. Pada pendengaran aku terus jatuh maruah dan martabat kekasih dia tu. Kata-kata itu doa. Panggillah dia dengan sebutan yang lebih baik, yang lebih mulia. Apa salahnya sebut je nama dia. Nak berbual pun lebih senang. Kalau tak, kita yang jadi tempat orang luahkan perasaan ni asyik tertanya-tanya sape nama kekasih dia tu. Malu ke sebut nama dia? Kalau maksud namanya baik, kita dah mendoakan sesuatu yang baik kepada si dia. Percayalah, hubungan korang akan lebih baik kalau korang tak panggil dia ‘awek’. Hubungan itu akan jadi lebih mesra. Bukan pada pandangan korang je, pada pandangan orang lain jugak. Kita mengharapkan restu orang sekeliling dalam hubungan cinta kita, bukan mak ayah je.
Dalam blog bolehlah nak istilah apa-apa pun sebab aku yakin blog personal ni bukanlah 100% personal. Kadang-kala perlu kita tukar ganti nama kekasih kita, contohnya ‘si dia’, ‘kekasih aku’, ‘bucuk’ tapi bukan awek. Kalau dia sebut ‘awek’, aku takkan baca blog dia hahaha. Ye-ye je. Padahal baca jugak. Takdelah sampai camtu sekali. Cuma apa yang aku nak cakap lebih baik gantikan dengan panggilan yang baik-baik. Bila sebut awek ni selalunya kita fikir pompuan yang pakai agak seksi, free hair, seluar jeans ketat, pakai baju adik umur 5 tahun..macam-macam lagi persepsi orang. Kalau korang bercerita dengan orang yang sealiran macam tu bolehlah.
So, sape-sape yang cerita pasal kekasih dia dengan aku sila sebut nama si dia. Jangan panggil dia ‘awek’, aku kurang layan. Sama jugak dengan pompuan, jangan panggil dia ‘balak’. ‘Pakwe’ aku boleh terima tapi better panggilah nama dia. Kan dia bakal jadi suami korang nanti. Takut terbiasa panggil dia ‘balak’ plak kat rumah, orang lain panggil ‘Biey’ eheh. Anak dengar pun terkebil-kebil matanya.
Emosi ke aku? Adalah sikit. Dah lama pendam. Kalau tak luahkan nanti boleh meletup. Baru siap pack barang nak balik UTHM malam ni. Harap-harap malam ni tak hujan. Aku kurang nampak sket malam-malam ni lagi-lagi kalau hujan. Susah nak drive. Tapi aku suka drive malam, tak mengantuk, tenang dan tak jam.
Oh ye. Kepada mereka yang hantar email kat aku atas kesudian baca entri-entri aku ni aku ucapkan banyak-banyak berterima kasih. Mungkin entri-entri aku selalu mematikan niat korang untuk bagi sebarang komen. Tapi takpelah, asalkan maksudnya sampai. Tanpa korang, PR blog ni tak capai 3 hehe.

