Tumbangnya Seekor Lembu
Macam tajuk cerita askar pulak, “Gugurnya Seorang Pahlawan” eheh. Oye, terlebih dahulu aku ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada pembaca blog ini. Di hari raya ini kita patut mengingati saudara-saudara kita yang diuji dengan musibah banjir, yang musnah harta benda dan terpaksa beraya di pusat pemindahan untuk sementara. Semoga mereka sentiasa tabah menghadapi dugaan.
Alhamdulillah…erk..bukan khutbah solat hari raya ni tau eheh. Alhamdulillah majlis korban telah selamat dijalankan sekitar 10:30 pagi semalam di Kampung Padang Lepai, Kadok, dekat rumah atuk aku. Ini kali pertama aku ambik sebahagian daging korban. Syukurlah semuanya dah selesai walaupun hujan ketika memotong daging untuk diagih-agihkan kepada orang yang mengambil bahagian korban.
Orang selalu cakap raya haji kat Kelantan meriah. Meriah ke? 2 tahun lepas aku tak balik kampung waktu raya haji sebab cuti kejap je. Masa tu kat UTHM lagi. Aku ikut kawan aku beraya kat kampung dia kat Masjid Tanah. Kat sana rasanya lebih meriah, lebih meriah daripada raya puasa. Bezanya dengan kat sini, kat sana buat sambil bergotong-royong ataupun aku lebih suka panggil pesta korban. Lebih daripada 5 ekor lembu ditumbangkan atas satu padang atau kawasan. Menjadikannya suasana lebih meriah berbanding kat sini yang buat kat rumah individu untuk seekor lembu. Ikut tempat jugaklah, ada yang buat secara gotong-royong. Jadi, bagi aku tak semestinya kat Kelantan ni meriah. Budaya masyarakat setempat yang menentukan sama ada hari raya korban kat sana meriah atau tak.
Psst..nak bagitau satu rahsia ni. Sebenarnya..aku mabuk darah huhu. Tengok je darah memancut-mancut mulalah rasa pening-pening lalat. Dulu aku selalu tak datang tengok orang sembelih lembu. Bukan lembu je, ayam pun aku tak tengok. Bukan malas, tapi mabuk darah..apa nak buat. Takut tak pasal-pasal aku yang pitam nanti.
Tapi tadi alhamdulillah, rasanya aku dah makin cekal. Tak rasa apa-apa pun bila tengok pakcik tu sembelih lembu. Aku tengok darah yang banyak mengalir dari leher lembu tu tepat-tepat sebab kita kena berniat lagi waktu darah pertama keluar bagi orang yang mengambil bahagian korban. Kata pakcik tu, “Niat keno comey”. ‘Comey’ di sini bermaksud ‘baik dan betul’. Ini pengalaman baru bagi aku.
Aku balik kejap ke rumah atuk, hantar dia balik sebab dia tak berapa sihat sangat tak boleh lama-lama berdiri. Lepas tukar pakaian pakai seluar, aku datang balik tempat sembelih tadi. Masa tengah tengok-tengok diorang potong daging, sorang abang ni mintak tolong aku angkat kaki lembu. Dengan spontan aku terus pegang kaki lembu yang dah disiat kulit tu walaupun aku rasa geli nak pegang darah. Tak pernah-pernah aku pegang daging mentah sebelum ni. Tapi lama-lama aku rasa biasa, tak jijik, tak geli-geleman dah. Aku boleh melangkah ke step seterusnya tanpa rasa jijik, iaitu pegang daging yang penuh berlemak dengan darah yang melekat kat tapak tangan aku. Siap potong semuanya, aku basuh tangan dengan sabun. Tapi tak hilang jugak bau daging tu huhu. Lemak lembu tu masih lagi ada sikit kat tangan skang ni. Kena basuh dengan detergen gamaknya.
Balik ke rumah atuk, kedua-dua belah tangan aku rasa sakit. Tak boleh nak angkat tinggi. Rasa macam ditarik-tarik ke arah kanan kalau aku angkat tangan kiri ke atas. Rasanya sebab silap teknik berdiri waktu angkat kaki lembu tadi kot. Sepatutnya aku boleh kurangkan beban badan sendiri tapi aku tahan jugak. Tak biasa dan tak tahu nak pegang macam mana sebenarnya eheh. Pengalaman pertama katakan.
Apa yang pasti, aku tak takut dengan darah lagi dah. Mungkin ada lagi sikit rasa takut tapi tak macam dulu. Dulu dengar je perkataan darah badan aku serta-merta jadi lemah huhu. Itu kelemahan aku, dulu. Kini tidak lagi hoho.


December 22nd, 2007 at 8:23 pm
heheh bagus tul citenye…
xtakut darah dh eh…nati leh ahh jadi suami yg soleh yer…amiin…
December 23rd, 2007 at 9:17 am
hehe..insyaAllah. amin
December 26th, 2007 at 8:54 am
adi,cuci je tgn hg dgn limau nipis or limau purut,insyaAllah hilang bau lembu tu..
December 27th, 2007 at 6:26 pm
a’a ek. lupa lak dgn limau nipis huhu. hg pun awat baru bgtau. dh hilang dh bau tu. xsmpt nak try test keberkesanan limau purut