Dalam blog Amirez’s Info-Gath aku pernah post berkenaan dengan program anak angkat daripada mahasiswa-mahasiswi UPM ke kampung aku. Diorang berkampung selama 6 hari tapi sibuk dengan aktiviti luar yang disusun oleh pihak KEMAS Negeri Kelantan. Disebabkan tu mereka sentiasa dirindui oleh keluarga angkat mereka.

Sekitar 10:30 malam semalam aku mendapat berita mengejut pemergian seorang rakan Baktisiswa Daya Wawasan 2007, Amirul ke rahmatullah akibat demam denggi. Perkenalan dengan arwah taklah begitu rapat, tapi diakui arwah seorang yang baik dan disayangi keluarga angkatnya. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang soleh. Al-Fatihah…

Arwah Amirul

Arwah Amirul bersama emak angkat

Yang Indah Telah Tiada

 

Exists

 

Sepi ku rasakan
Kehilanganmu
Abadi kau dalam hati
Sukar ku melupakan
Kenangan silam
Yang kau tinggalkan padaku
Takkan pernah terbilang
Sebanyak mana budimu

 

Ingin ku curahkan cintaku
Hanya untuk membasuhi
Sesalanku
Luah rasa rindu di gambarmu
Ku titipkan kudus doaku

 

Dulu semuanya indah
Sehinggaku tak pernah rasakan
Sedih
Bagaikan dedaunan
Yang berguguran
Meluruh ke dasar hati
Saat indah terbias
Meresap dalam mimpiku

 

Sudah ku relakan cintaku
Yang membeku bila kau
Meninggalkanku
Sayang ku padamu
Takkan mampu
Terzahir seperti selalu

 

Pedihku tahan luka di jiwa
Merusuhi damai hati
Pasrah ku melepaskan
Kerana tuhan
Maha penyayang..pengasih
Kedukaan yang datang
Menguji ketabahan ku

 

Ingin ku curahkan kasihku
Andai mampu membasuhi
Sesalanku
Perpisahan ini..sudah takdir
Dan tak bisa dihalangi
Sayang ku padamu
Takkan mampu
Jadi seperti selalu
Luah rasa rindu di gambarmu
Ku titipkan kudus doaku
Pasrahku serahkan
Keranamu Tuhan
Pasrah ku serahkan
Kepadamu Tuhan

Blues Selamanya

Lagi satu kesedihan. Minggu lepas aku dapat SMS daripada Cahaya, komik Blues Selamanya telah ditamatkan pengeluarannya. Ingatkan dia bergurau. Bila aku ke forum Blues Selamanya, kesedihan terasa di hati. Tak diberitahu sebab mengapa. Isu yang terakhir adalah isu 128. Sebagai pelanggan setia Blues Selamanya, terasa seperti kehilangan satu majalah hiburan. Diharap walaupun komik Blues Selamanya telah tiada, ikatan ukhwah sesama warga Blues Selamanya tetap abadi. Brad, Jakalll, Pac, abang Rodin dan semua yang terlibat, kami sentiasa menyokong korang.

Belanja saya secawan Power Root

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS Feed. Or you can subscribe this post directly to your Email.